KESIMPULAN
Kejayaan membetulkan salah faham terhadap Islam banyak bergantung kepada faktor Umat Islam sendiri. Kita mestilah memastikan Islam tidak disalahfahamkan lagi, baik dari segi amalan dan kepercayaannya. Dengan itu, kita sebagai umat Islam sendiri mestilah menjadi bukti akan kesempurnaan dan kebenaran Islam di dalam kehidupan seharian umat manusia.
Cabaran kepada kita ialah bagaimana menyepadukan perkara-perkara baru dan terkini dengan memasukkan prinsip dan nilai Islam sebagai kawalan, penjernihan dan nilai tambah dalam kehidupan seharian. Bagaimana pembangunan rohani dan material perlu disepadukan? Bagaimanakah aplikasi Industri bioteknologi menurut perspektif Islam? Kelenturan syariah dalam urusniaga pasaran kewangan Islam global? Inilah antara perkara-perkara yang bersifat ‘kehadapan’ yang hanya dapat ditangani sekiranya salah faham tentang Islam dapat ditangani dengan baik.
No comments:
Post a Comment