LANGKAH-LANGKAH MENGATASI SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Salah faham
terhadap islam dapat diatasi sekiranya langkah yang sepatutnya dapat diambil
oleh umat Islam untuk menukar perspektif orang yang berlainan agama terhadap
agama Islam. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh umat islam untuk
mencegah salah faham daripada agama lain terhadap agama Islam.
Langkah pertama ialah dengan memberikan pendedahan yang tepat dan sahih tentang Islam kepada orang sekeliling kita.Sebagai contoh berkongsi ilmu tentang ajaran Islam,amalan dan nilai-nilai yang diamalkan dalam agama Islam. Dengan pendedahan yang tepat, pandangan mereka kepada umat Islam boleh berubah berdasarkan cara penerimaan mereka terhadap perkara yang disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, pandangan mereka terhadap umat Islam yang merupakan sebuah agama pengganas merupakan pandangan yang salah dan harus diperbetulkan.
Langkah kedua,.kita boleh menyebarkan maklumat yang benar tentang ajaran Islam menerusi pelbagai saluran seperti di media sosial dan laman web. Hal ini demikian kerana media sosial merupakan sebuah platform yang selalu dilayari oleh semua masyarakat didunia tidak kira umur, bangsa dan agama. Dengan ini, penyebaran maklumat yang betul dan sahih dapat disebarkan kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Seterusnya,kita boleh mempraktiskan cara hidup Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. Dengan ini umat islam yang mempraktikkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dapat menonjolkan diri yang sempurna dihadapan orang ramai dan dalam masa yang sama dapat menunjukkan kepada mereka apa itu ajaran islam yang sebenar yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya berdasarkan kitab yang diwahyukan kepada baginda oleh Allah SWT.
Langkah ketiga ,kita juga boleh mengadakan kolabrasi dengan organisasi atau kumpulan yang mempunyai pengaruh yang kuat.Dengan ini penyebaran maklumat berkenaan islam akan disebar dengan lebih cepat.
Langkah keempat, kita boleh membuka dialog yang dapat menghormati antara agama orang Islam dan penganut agama lain serta yang boleh membantu membina persefahaman dan mengurangkan salah faham. Melalui dialog, kita boleh bertukar-tukar pandangan, menjelaskan salah faham, dan membina hubungan yang lebih baik.
Langkah kelima dan yang terakhir,kita hendaklah mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah.Ia berupa beriman kepada Allah ,Malikat-Nya,Kitab-kitab-Nya,para rasul,hari Kiamat dan qadar yang baik serta jaha
No comments:
Post a Comment