ISU-ISU BERKAITAN SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Salah faham terhadap agama Islam merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh rakan seagama kita yang berada di luar negara, dimana penduduk negara itu bukanlah majoritinya beragama Islam tetapi hanyalah kumpulan minoriti yang sangat kecil didalam jumlah penduduk yang sangat ramai di sesebuah negara. Perkara ini, tidak dapat dielakkan lagi kerana sebahagian masyarakat mengganggap bahawa agama Islam dan umat Islam itu sendiri membawa kekejaman dan ketidak tenteraman kepada kehidupan seharian mereka didalam sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, di negara Canada dan China. Terdapat beberapa isu dan punca yang membuatkan salah faham terhadap islam berlaku disana. Antaranya situasi islamophobia terhadap negara bukan islam, pandangan seorang masyarakat non-muslim terhadap muslim di Malaysia dan akhir sekali, menganggap agama islam sebagai agama keganasan.
- PUNCA SITUASI ISLAMOPHOBIA TERHADAP NEGARA BUKAN ISLAM
Situasi islamophobia terhadap negara bukan islam tidak dapat dinafikan lagi kerana terlampau banyak perkara yang berlaku yang menujukkan mereka sangat membencikan agama Islam. Perkara ini juga berlaku disebabkan terdapat punca-puncanya tersendiri yang membuatkan mereka berkelakuan seperti itu. Situasi ini berlaku kerana individu atau kumpulan yang berkenaan tidak menyukai akan agama Islam yang membuatkan mereka berkelakuan sedemikian. Hal ini, dengan membuat sedemikian mereka yakin bahaya mereka dapat menjatuhkan imej Islam pada pandangan orang lain. Selanjutnya, dengan merendahkan moral umat islam, mereka mampu untuk menghancurkan pengaruh islam di seluruh dunia.
2. PUNCA PANDANGAN PANDANGAN ORANG NON MUSLIM KEPADA ORANG MUSLIM DI MALAYSIA
Isu yang kedua ialah pandangan seorang masyarakat non-muslim terhadap muslim di Malaysia. Isu ini juga berlaku di negara kita iaitu Malaysia. Perkara ini tidak dapat dielakkan lagi. Hal ini mungkin berlaku kenara kecuaian umat islam tersendiri. Ini kerana pengaruh media massa yang mereka terpengaruh yang bercanggah dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah. Selain itu, pergaulan yang bebas antara remaja yang beragama Islam membuatkan seseorang non-muslim itu memandang serong terhadap agama islam.
3. PUNCA AGAMA LAIN MENGAGGAP ISLAM AGAMA KEGANASAN
Isu yang terakhir ialah mereka menganggap agama islam merupakan agama keganasan. Hal ini berlaku akibat media massa yang menyebarkan keganasan yang berlaku yang mengakibatkan sebahagian masyarakat dunia menganggap agama Islam merupakan agama keganasan.
No comments:
Post a Comment