PENGENALAN
Walaupun zaman beralih, musim bertukar, agama Islam masih
lagi sering disalahfahami oleh majoriti manusia di serata dunia.Hal ini demikian kerana, salah faham terhadap Islam
ini bukan sahaja berlaku kepada masyarakat yang bukan Islam,tetapi juga
melibatkan dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.
Salah faham terhadap Islam didefinisikan sebagai memahami
Islam dengan kefahaman bahawa agama sebagai satu kecenderungan peribadi
semata-mata dan tidak mengikuti apa-apa yang dikehendaki oleh Allah dan
Rasulullah.
Salah faham terhadap Islam juga melibatkan kekeliruan,
kecelaruan dan kekusutan kefahaman ke atas Islam disebabkan lahirnya ideologi
daripada pemikiran manusia atau ajaran Islam yang tersasar dan tidak ada dalam
landasan ajaran Islam yang sebenar iaitu
menurut Al-Guran dan As-Sunnah. Terdapat pelbagai jenis salah faham yang
berlaku terhadap Islam iaitu Islamphobia, kefahaman liberal, fahaman ekstrem
dan fahaman singkat.
Secara umumnya, salah faham terhadap islam berlaku antaranya
disebabkan oleh faktor luaran seperti pengaruh-pengaruh atau ajaran-ajaran
sesat serta propaganda barat yang bertujuan merosakkan,menggambarkan islam sebagai
agama keganasan dan memecahkanbelahkan Islam.Sebagai contoh, syi’ah ,bida’ah, seumpamanya.
Akan tetapi, terdapat juga faktor dalaman yang menyebabkan
munculnya salah faham terhadap islam yang disebabkan oleh kejahilan diri
seseorang itu, untuk kepentingan kelompok atau diri sendiri ,perpecahan,
penghayatan yang lemah terhadap Islam dan sebagainya lagi.
Oleh itu, penting untuk kita untuk berpandukan Al-Quran dan
Hadis serta mengikuti akidah ahli Sunnah Wa Al Jemaah dalam menjalani kehidupan
seharian kita. Adalah juga penting bagi mengelakkan peningkatan salah faham
yang berlaku dalam masyarakat islam selain untuk masyarakat yang bukan islam
juga.
No comments:
Post a Comment